
Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman
Dr Abdullah memperolehi PhD dari University of Wales dalam kajian kemiskinan selaras dengan perspektif Islam, Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Sarjana Muda Ekonomi (Analitikal) dari Universiti Malaya.
Mempunyai pengalaman lebih 27 tahun sebagai ahli akademik, bermula di Universiti Teknologi MARA pada tahun 1976. Berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Teknologi Darulnaim selama 12 tahun mulai 2003.
Bertugas sebagai Presiden Gabungan Professionals Kelantan (GPK). Aktif menyumbang kepada program-program keusahawanan di Jabatan Belia, Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Dewan Perniagaan Malaysia (cawangan Kelantan) dan Yayasan Usahawan Kelantan.

Ir. Hj. A. Aziz Mat Ali
Tuan Ir Hj. A. Aziz berkelulusan B.Engineering (Electrical) of Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Beliau merupakan jurutera professional yang berdaftar dengan Institute Engineer Malaysia (MIEM) dan PEPC.
Memberi sumbangan kepada masyarakat melalui Yayasan Pembangunan Pelajar (YPP) sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah.

Hj. Nordin bin Endut
Tuan Hj Nordin mendapat ijazah sarjana muda Bacelor Kejuruteraan Pertanian dari UPM dan kemudiannya melanjutkan pengajian di bidang Masters of Engineering (Rural Eng.) di Cranfield Institute of Technology, UK.
Berkhidmat lebih dari 26 tahun sebagai pensyarah di UPM dan UMP. Pernah menjawat sebagai Dekan Hal Ehwal Pelajar di UMP. Menjadi Ketua Eksekutif di Kolej Teknologi Darulnaim Kuala Lumpur (KTDKL) tahun 2014 – 2015.
Di bidang khidmat masyarakat beliau menjadi Jawatankuasa Pengurusan Misi Bantuan Bencana Banjir Pahang dan Kelantan 2014. Kemudian menjadi Panel Kluster Perpaduan Ummah dan Siasah (YADIM, 2015) serta NAIB PRESIDEN 2 HALUAN (2015- 2017). Sekarang beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Pembangunan Pelajar sejak tahun 2019.

Hj. Mohd Asri bin Abd Hamid
Tuan Hj Mohd Asri memperolehi sarjana muda BSc& Edu (H) di Universiti Malaya dan melanjutkan pengajian di peringkat sarjana MSC (Edu Mngmt) – UUM.
Mempunyai pengalaman sebagai Guru lebih 30 tahun dan jawatan terakhir yang di sandang ialah Pengetua Sekolah Menengah KPM.
Beliau juga aktif memberi sumbangan kepada masyarakat dengan berkhidmat sebagai pengerusi ALP di beberapa buah sekolah agama rakyat di Pulau Pinang dan Kedah. Beliau juga dijemput mengendalikan kursus kepimpinan sekolah-sekolah KPM di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Hj. Eisa bin Mohamed
Tuan Haji Eisa memperolehi Ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Berpengalaman sebagai Pengurus Kanan Belanjawan, Pengurus Kanan Perancangan Peniagaan dan Pengurus Kanan Pemantauan Prestasi di Felcra Berhad. Kini bertugas sebagai Ketua Eksekutif Kolej Felcra, Bandar Seberang Perak.
Beliau juga aktif dalam NGO dan institusi Koperasi seperti , NGO Haluan (Bendahari), Pertubuhan Eksekutif Kanan FELCRA Berhad(Timbalan Presiden), Koperasi Perumahan Lepasan Institut Pendidikan Tinggi Bhd(Bendahari), Koperasi Ikhtisas (M)Bhd (Setiausaha) dan Koperasi Kakitangan Felcra (M) Bhd (Lembaga Pengarah).

Prof. Ir Ts. Dr. Hj. Solehuddin Shuib
Tuan Prof Dr Hj Solehuddin berkelulusan Ph.D Kejuruteraan Mekanikal, UPM, MALAYSIA. dan Sarjana Sains Kejuruteraan Mekanikal, Toledo, Ohio, USA. Pengalaman sebagai Ketua Pusat Pengajian Pasca Sarjana FKM, UitM, Shah Alam, Selangor.
Dr. Solehuddin juga aktif dalam khidmat masyarakat di mana beliau menjadi Pengerusi ALP Darul Huffaz Ibnu Khaldun, Jalan Kebun Klang, Selangor, sejak tahun 2016. Beliau juga merupakan Pengarah i-JDK bagi lepasan SPM sejak tahun 2009 program kebangsaan Bersama JAKIM.

Sr. Hj. Baderol Allam bin Awang
Tuan Sr Hj Baderol Allam telah memperolehi ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan dari Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1982.
Telah berkhidmat dengan perkhidmatan awam selama 35 tahun di Jabatan Kerja Raya(JKR). Jawatan terakhir adalah sebagai Timbalan Pengarah (Unit Kontrak dan Ukur Bahan) Bahagian Pengurusan Nilai di Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (bersara 2017).
Buat masa kini beliau berkhidmat dengan NGO Haluan segabai exco Kluster 3 (Usahawan dan Profesional) dan menjadi AJK NGO Suara Prihatin Malaysia.

Dr. Hj. Nik Mutasim bin Nik Ab. Rahman
Tuan Dr Hj. Nik Mutasim memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Universiti Malaya 1980, Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan UKM 1987 dan PhD University of Strathclyde, Scotland 2001.
Berpengalaman sebagai Ketua Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, UKM dan Panel Penilai Agensi Kelayakan Malaysia.
Sumbangan beliau dalam komuniti ialah sebagai AJK Surau Ummumiyah Sg Merab Luar dan AJK Koperasi Perumahan Lepasan Institut Pengajian Tinggi.
Jom bantu mereka keluar dari kemiskinan melalui pendidikan.
Jom bersama YPP membantu mereka. Dengan tajaan pengajian dan sara hidup, mereka akan mampu fokus dalam pendidikan dan sekali gus membantu keluarga mereka keluar dari kemiskinan.