Skip to content

Tentang Kami

Yayasan Pembangunan Pelajar

Membangun dan memperkasa ummah melalui pendidikan

Pengenalan

Yayasan Pembangunan Pelajar (no. pendaftaran: PPAB 58/2019) telah ditubuhkan pada 23 Disember 2019 yang berpusat di Bandar Baru Bangi dengan satu matlamat yang jelas iaitu untuk menjadi Yayasan yang terunggul di dalam usaha membangun ummah melalui pendidikan.

Yayasan Pembangunan Pelajar telah membantu lebih 300 orang pelajar sejak ditubuhkan. Yayasan Pembangunan Pelajar komited untuk memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat selaras dengan tujuan penubuhannya.

Visi

Menjadi Sebuah Yayasan unggul yang menyumbang kepada pendidikan untuk semua bagi membangun dan memperkasa ummah melalui pendidikan.

Misi

Menjadi yayasan terkehadapan dalam membantu pelajar yang memerlukan bantuan kewangan di kalangan keluarga yang berpendapatan rendah serta tiada mendapat mana-mana tajaan.

Moto

Membangun dan memperkasa ummah melalui Pendidikan

Objektif dan Skop

  1. Mengumpul dana dan sumbangan derma dari sumber wang tunai, harta alih, harta tak alih bagi menyokong inisiatif pendidikan dan kebajikan yang pada pendapat pemegang amanah menepati tujuan yayasan ditubuhkan; dan
  2. mengembangkan dana dari sumber wangtunai, harta tak alih dan harta alih menggunakan kaedah pelaburan yang pada pendapat  pemegang amanah boleh menghasilkan keuntungan; dan
  3. membantu dan menyokong inisiatif pendidikan dan kebajikan yang pada pendapat pemegang amanah menepati tujuan yayasan ditubuhkan; dan
  4. mewujudkan endowmen daripada Rizab/Dana terkumpul YAYASAN PEMBANGUNAN PELAJAR yang akan memastikan inisiatif pendidikan dan kebajikan dapat dilaksanakan secara lestari yang pada pendapat pemegang amanah menepati tujuan yayasan ditubuhkan.

Jom bantu mereka keluar dari kemiskinan melalui pendidikan.

Jom bersama YPP membantu mereka. Dengan tajaan pengajian dan sara hidup, mereka akan mampu fokus dalam pendidikan dan sekali gus membantu keluarga mereka keluar dari kemiskinan.