Marhaban Ya Ramadan
Ya Allah, pertemukanlah kami lagi dengan bulan Ramadan-Mu yang mulia. Semoga Ramadan kali ini membawa lebih erti dan bakal memberi seribu rahmat dan pahala buat kita semua.


Kongsi Keindahan Ramadan Bersama-sama
Sabda Nabi Muhammad SAW: “Tidak termasuk orang yang beriman, orang yang kenyang sementara jiran tetangganya kelaparan.”
(Hadis Riwayat Al-Tabarani)
Menurut Menteri Kanan Pendidikan Malaysia, dalam tempoh setahun Covid-19, jumlah murid yang berhenti sekolah adalah seramai 21,316 orang, disebabkan oleh kemiskinan dan tidak mampu untuk menanggung pendidikan anak-anak.
Ibu bapa yang dibuang kerja impak covid-19 atau ibu bapa yang tidak mampu bekerja disebabkan sakit kronik dan lain-lain memilih untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah kerana tidak mampu untuk biayai yuran, peralatan dan sebagainya kerana duit yang ada tidak cukup untuk menampung.
Sekiranya ini berterusan, kebanyakan anak-anak yang kurang pendidikan tiada peluang untuk mendapatkan kerja yang elok. Keluarga ini akan mengulangi kitaran kemiskinan dan tidak mampu untuk keluar dari perangkap kemiskinan.
Rentetan itu, Yayasan Pembangunan Pelajar (YPP) mengambil initiatif untuk membantu pelajar-pelajar supaya mampu mendapatkan pendidikan yang baik dan seterusnya mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dan akhir sekali mampu membantu keluarga keluar dari perangkap kemiskinan.


Gandakan Pahala Ramadhan Dengan Infaq
Anda boleh scan di QR Code kami atau beri sumbang online di bawah.
Program Sempena Ramadhan
#gandakanpahala

Sumbangan Yuran Pelajar
Program membiayai 100 orang pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Program Berbuka Puasa
Menaja program majlis berbuka puasa dan persediaan menyambut hari raya untuk pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi.

Sumbangan Peralatan Sekolah & Baju Raya
Membiayai keperluan pelajar dalam program Kembali ke Sekolah (Back to School).
Jom bantu mereka keluar dari kemiskinan melalui pendidikan.
Jom bersama YPP membantu mereka. Dengan tajaan pengajian dan sara hidup, mereka akan mampu fokus dalam pendidikan dan sekali gus membantu keluarga mereka keluar dari kemiskinan.